Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu

Kenapa rumah pasong ini perlu dipertahankan? Adakah semua bahan sejarah perlu diperlihara? Adakah revelan jika ia terus teguh berdiri di tengah-tengah hutan batu maju?

Robohkan ia. Binalah sesuatu yang bermanfaat dari tinggalan runtuhannya demi kebaikan seluruh umat. Semoga lebih banyak faedah yang diperolehi dari seadanya sekarang.

Tetapi pastikan keuntungannnya bukan ditelan oleh kroni barua. Pastikan semua dapat faedahnya bukan penjilat-penjilat tegar yang dahagakan keuntungan semata-mata.

Saturday, June 19, 2010

Judi Bola

Judi itu terang-terangan haram dalam islam, haram untuk orang islam. Jadi apa hendak didebatkan lagi. Selaku seorang muslim, menjadi kewajiban anda untuk menghindari judi. Tiada pengecualian.

Akan tetapi, bagaimana pula hak bukan islam untuk berjudi. Bukankah telah menjadi darah daging sebahagian daripada mereka untuk berjudi tidak kira tempat dan masa. Bukankkah tanggungjawab sebuah kerajaan yang diketuai oleh seorang muslim untuk menjaga kepentingan semua pihak, bukan sahaja kepentingan umat islam itu sendiri. Jadi bagi menghormati hak bukan islam untuk berjudi, adakah wajar untuk kerajaan memberikan lesen judi kepada pihak-pihak tertentu? Dari aspek ini wajar judi sempena piala dunia diberikan lesen. Bukan sahaja untuk menghormati hak-hak bukan islam tetapi juga untuk membasmi pertaruhan haram yang merugikan kerajaan.

Dari aspek moraliti, penentang lesen judi menyatakan bahawa pemberian lesen ini akan menambah masalah kepada masyarakat dan negara. Mangsa 'along' akan meningkat dek ketaksuban berjudi. Jadi bagi mereka wajarlah lesen judi tidak diberi sempena penganjuran piala dunia di afrika selatan ini. Selain itu, judi juga dikatakan membawa kesan negatif kepada arena sukan negara yang sudah sedia 'buruk' dengan kemungkinan rasuah akan berleluasa.

Selain itu, pemberian lesen judi kepada 'kroni' juga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Kroni bertambah kaya dan kroni akan membalas jasa bilamana wang diperlukan untuk sesuatu agenda.

Jadi apakah tindakan yang tepat? Apakah pemberat dalam isu ini? Di bawah bolehlah digariskan beberapa faktor yang akan mempengaruhi jawapan anda:
  • Menghormati hak bukan islam untuk berjudi.
  • Mengawal pertaruhan haram.
  • Melindungi rakyat daripada bahana judi.
  • Melindungi wang hasil daripada perut-perut kroni.
Isu pemberian lesen akan menyebabkan orang islam turut terlibat dengan kancah judi kata sesetengah pihak merupakan isu moraliti dan tidak perlu dijadikan faktor penting. Terpulang kepada individu muslim untuk menentukan nasib diri mereka samada untuk taat kepada tuhan atau sebaliknya. Apa yang penting adalah isu pertaruhan haram boleh dibendung dan juga pada masa yang sama boleh menjana pendapat kerajaan memandangkan dana negara juga dikatakan semakin kontang.

Faktor politik juga menyebabkan sesetengah pihak beralih arah. Asalkan sokongan diraih, tidak mengapa pendirian diri dikorbankan. Yang selalu berjudi juga disebabkan politik tiba-tiba membenci judi. Hipokritnya dunia.

Terpulang kepada anda untuk menyokong yang mana satu. Semoga yang terbaik untuk rakyat

Thursday, May 20, 2010

Salam perkenalan.

Ini lidah rasmi politikku.

Aku akan nyatakan pendapat dangkal politikku di sini.

Ini adalah pandangan peribadi.

Harap tiada yang melatah dan terguris hati.

:)